Garis Panduan Bagi Usahawan Menggarap Peluang di Norma Baru

Krisis coronavirus, yang bermula di China pada akhir 2019, muncul sebagai wabak penyakit pandemik pada bulan Mac dan telah mencetus krisis kesihatan global dan kemerosotan ekonomi. Krisis ini secara semulajadi telah mentakrifkan semula maksud “kehidupan normal”. Kerana penyakit ini menimpa setiap negara, pandemik ini memberi kesan yang jauh lebih mendalam berbanding krisis lain yang pernah kita alami sepanjang hidup kita. Kalau perlu, satu-satunya tragedi yang dapat dibandingkan dari segi impaknya, adalah wabak Black Death yang bermula pada tahun 1346. Wabak ini mengakibatkan kira-kira 100 juta kematian di Eropah dan Asia.

Kita biasa dengan pepatah “Dalam setiap krisis, ada peluang”. Di karakter Kanji dalam Bahasa Jepun, kata “krisis” ditulis dengan dua simbol yang menandakan “bahaya” dan “peluang”. Inilah hakikat sebenar bahawa setiap krisis, dalam keadaan ketidaktentuan dan ketidakstabilan, terdapat peluang untuk diraih dan direbut. Maka, dalam krisis ini, terdapat peluang untuk kita sama-sama rungkai dan rebut.

Apabila kita menghadapi krisis seperti yang kita harungi hari ini, tiga perkara akan bermain difikiran kita:

  1. Bagaimana kita menghadapi krisis ini sekarang? Soalan ini paling utama difikiran usahawan
  2. Peluang apa yang diciptakan oleh krisis ini?
  3. Apa yang dapat dilakukan untuk menjangka krisis di masa depan dan bagaimana kita dapat mempersiapkan diri dan bisnes? Sekalipun kita tidak mungkin untuk mencegah krisis seperti ini di masa hadapan, bagaimana kita dapat mempersiapkan diri untuk bertindak balas dengan cepat dan berkesan?

Sebelum kita melihat persoalan-persoalan tersebut secara strategic, kita perlu memetakan hakikat keadaan pada hari ini. Kerajaan telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan dan mengerahkan pasukan beruniform untuk mengawal keadaan. Ini membawa implikasi berikut:

  1. Syarikat-syarikat meminta kebanyakan pekerja bekerja dari rumah.
  2. Sekolah dan universiti telah menghentikan arahan kelas tradisional dan beralih ke pembelajaran dalam talian.
  3. Kedai runcit – selain pasar raya, farmasi dan stesen minyak – telah diminta untuk tutup. Barang-barang peruncitan juga kini boleh didapati secara dalam talian.
  4. Penjarakan sosial sudah menjadi norma, yang merapatkan hubungan manusia adalah komunikasi digital dan hubungan digital.
  5. Perjalanan udara sebahagian besarnya ditangguhkan dan perniagaan terpaksa beralih ke persidangan audio, video dan web sebagai mod interaksi yang dominan.
  6. Rantaian bekalan global telah terganggu.
  7. Pengangguran telah menggantikan pasaran buruh dalam beberapa minggu. Pendapatan akyat di dalam ekonomi informal seperti penjaja, peniaga, kelindan lori dan buruh harian terjejas.
  8. Institusi kebudayaan dan rekreasi seperti zoo, muzium dan teater telah ditutup. Perhimpunan awam dan juga majlis perkahwinan telah ditangguhkan atau dipindahkan secara dalam talian.

Walaupun ini adalah reality yang baru, tidak bermaksud kita harus menyerah kalah atau bersifat “complacent”. Kita dapat mengubah krisis menjadi peluang jika kita mengubah minda kita dan seterusnya berusaha untuk berubah. Atas dasar itu, saya telah melakarkan beberapa garis panduan agar kita dapat sama-sama menerapkannya pada situasi kita sendiri.

  1. Ubah Model Mental Anda

Daripada melihat keadaan sekarang sebagai cabaran jangka pendek yang perlu kita harungi secepat mungkin dan kembali ke masa sebelum krisis, kita harus bertanya bagaimana kita boleh menggunakan keadaan semasa untuk mempercepatkan perubahan yang telah lama tertangguh.

Kita ambil bidang latihan sebagai contoh. Banyak syarikat-syarikat bidang latihan telah bermain-main dengan pembelajaran dalam talian selama beberapa tahun. Walaupun beberapa kemajuan telah dicapai dengan kursus dalam talian terbuka yang besar (atau Open Courses), model pedagogi yang dominan tetap tidak berubah. Pergerakan ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bukan hanya sangat lambat, tetapi juga terlepas dari usaha arus perdana syarikat-syarikat ini.

Trainers atau Pendidik tahu bahawa kaedah pengajaran tradisional tidak lagi berkesan, tetapi hampir mustahil untuk membuat mereka berubah sebelum krisis ini muncul. Sekarang, mahu tidak mahu, bukan setakat trainers, tetapi university, sekolah dan pelbagai institusi pendidikan telah menutup kampus mereka, para pelajar telah dihantar pulang, dan pendidik diminta untuk menjalankan kebanyakan kelas secara dalam talian.

Dengan krisis ini, pendidik mahupun trainer yang menawarkan kelas dalam talian mempunyai  tiga peluang unik: Mereka dapat mencipta semula pengajaran mereka dengan mencari cara baru untuk melibatkan peserta mereka dalam talian, seperti melalui penggunaan humor; mereka dapat meningkatkan relevansi penyelidikan mereka; dan mereka juga dapat meningkatkan impak mereka dengan menawarkan kepakaran mereka kepada organisasi, perniagaan dan juga NGO.

Perkara yang paling kritikal adalah bahawa selepas krisis, pendidik mahupun trainers harus mempertimbangkan untuk mengembangkan kaedah inovatif untuk menggabungkan dalam talian dengan pembelajaran di kelas agar ia terus berkembang memanfaatkan teknologi terkini. Institusi yang memandang krisis sebagai peluang untuk berinovasi – termasuk memikirkan kembali model perniagaan dan pendapatan – akan berada pada posisi yang lebih baik untuk berjaya dalam dunia pasca pandemik.

  1. Meningkatkan transformasi digital anda dan melabur dalam infrastruktur

Penutupan dunia fizikal dan peralihan ke dunia digital mengubah bukan sahaja pasaran runcitan tetapi juga organisasi dalam bidang lain. Lihat apa yang berlaku kepada muzium, orkestra dan teater. Mereka semua tiada pendapatan mahupun tidak berfungsi pada ketika PKP ini. Semua organisasi seperti ini memerlukan infrastruktur digital yang kuat. Perniagaan “brick and mortar” yang terpaksa ditutup memaksa organisasi tersbeut untuk mempercepat transformasi digital mereka.

Sebagai contoh, Teater Nasional di London, yang tidak dapat membuat persembahan di auditorium semasa penutupan, telah mengumumkan bahawa ia akan mengalirkan persembahannya secara percuma di YouTube. Perluasan keupayaan digitalnya – sekiranya bahan mereka menarik – akan terus diterima dengan baik, lama setelah PKP tamat. Organisasi yang memanfaatkan tempoh PKP untuk meningkatkan keupayaan digital mereka dan memanfaatkan tren yang ada akan mampu meraih pasaran ketika ekonomi mula pulih semula.

  1. Kenalpasti peluang perniagaan baru yang dihasilkan oleh krisis

Salah satu cara untuk merebut peluang baru adalah dengan memahami kekurangan, ketakutan, ketidakpastian dan kurangnya kepercayaan orang ramai. Sebagai contoh, kekurangan tempat tidur hospital yang sangat besar, terutama di unit rawatan intensif atau ICU, untuk rawatan COVID-19 telah muncul di seluruh dunia. Untuk menghadapi perkara ini, usahawan di Itali telah merekacipta “unit rawatan intensif dalam kontena” untuk hospital. Sistem bermaksud untuk membantu hospital menambah kapasiti ICU mereka. Contoh lain syarikat melihat peluang dalam krisis ini adalah Zoom, platform persidangan, yang membolehkan pengguna menambahkan “latar belakang maya” semasa mereka bekerja di rumah.

Ini adalah tiga perkara yang setiap usahawan harus garap dan teliti bagi merebut peluang dikala krisis ini. Dengan menganalisa tiga perkara ini, usahawan mampu menjawab persoalan-persoalan diatas. Usahawan harus mengubah minda, meningkatkan infrastruktur digital mereka dan menyelidik peluang-peluang untuk menonjolkan idea kreatif yang mampu menyelesaikan masalah orang ramai dan seterusnya merebut pasaran kini dan masa depan.

FORUM ONLINE KHAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Musim PKP ini adalah musim yang cukup mencabar bagi usahawan.

Bisnes tiada jualan, pejabat tutup. Apa yang patut kita buat?
Bisnes tiada jualan, duit pun tiada. Pembiayaan apa yang ada?
Bisnes tiada jualan, tp ada orang boleh buat duit. Kenapa?

Ini dan banyak lagi persoalan bermain di minda usahawan. Kerana itu, kami bawakan kepada anda:

“Forum Bantuan dan Sokongan kepada Usahawan dikala COVID-19”
24hb April 2020
10pagi
Secara FB Live di https://www.facebook.com/adfimofficial/

Singgah di facebook events untuk menandakan kehadiran anda!
https://www.facebook.com/events/1302054899985405/

Jangan lepaskan peluang untuk bertanya! Jumpa anda disana!

Sebarkan!

#StayAtHome #covid19 #adfimprihatin #tanyakami #usahawanmampan

 

Poster

PERKHIDMATAN AHLI ADFIM BERTERUSAN

KUALA LUMPUR, 2hb April 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.

Di dalam tempoh ini, Institusi Kewangan Pembangunan yang terdiri daripada Agrobank, SME Bank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) akan terus beroperasi seperti berikut:

Agrobank        – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

SME Bank      – 8.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Bank Rakyat   – 9.00 pagi  sehingga 1.00 petang

Bank Simpanan Nasional (BSN) – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Kesemua institusi kewangan akan terus memproses permohonan pembiayaan disamping menawarkan perkhidmatan kewangan yang lain. Talian perkhidmatan pelanggan juga akan terus beroperasi bagi menangani keperluan pelanggan.

ADFIM menggalakkan pelanggan berhubung terus dengan institusi tersebut untuk meraih kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Agrobank menawarkan kemudahan Agromakanan dan Bantuan istimewa pada kadar serendah 3.75%. SME Bank juga menawarkan pembiayaan SRF sehingga RM1juta pada kadar yang rendah. Bank Rakyat, selain menyediakan kemudahan RM200juta bagi usahawan mikro dan koperasi, telah mengurangkan kadar keuntungan bagi kad kredit-I dari 18% kepada 9%. BSN, sebagai pengendali Skim Kredit Mikro, menyediakan dana sebanyak RM700 juta kepada semua usahawan mikro yang berkelayakan. Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama institusi kewangan lain menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman atau pembiayaan selama 6 bulan.

Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVD-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

 

Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331

AHLI ADFIM PRIHATIN KEPERLUAN BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.

Dalam seminggu ini, selain daripada perkhidmatan kepada pelanggan, Ahli-ahli ADFIM telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu petugas barisan hadapan negara di dalam menangani wabak COVID-19.

Sehingga 30hb Mac 2020, sebanyak RM1.2 juta telah disumbangkan kepada pelbagai tabung dan organisasi barisan hadapan termasuk Tabung Bantuan Bencana Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.

Disamping bantuan kewangan, ahli ADFIM juga membantu dengan pelbagai cara. Antaranya, MIDF menyumbangkan bantuan ‘care packages’, Bank Simpanan Nasional menyumbangkan bantuan peralatan dan JCORP melalui Waqaf An-Nur menyumbangkan Respiratory Ventilator.

Selain sumbangan dari institusi, ahli ADFIM juga menggerakkan tabung bagi memudahkan kakitangan ahli ADFIM menyumbang. MARA telah melancarkan Tabung Solidariti Warga MARA Prihatin bagi menyambut usaha ini.

Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVID-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331