Articles

PERKHIDMATAN AHLI ADFIM BERTERUSAN

KUALA LUMPUR, 2hb April 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.

Di dalam tempoh ini, Institusi Kewangan Pembangunan yang terdiri daripada Agrobank, SME Bank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) akan terus beroperasi seperti berikut:

Agrobank        – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

SME Bank      – 8.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Bank Rakyat   – 9.00 pagi  sehingga 1.00 petang

Bank Simpanan Nasional (BSN) – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) – 9.30 pagi  sehingga 3.00 petang

Kesemua institusi kewangan akan terus memproses permohonan pembiayaan disamping menawarkan perkhidmatan kewangan yang lain. Talian perkhidmatan pelanggan juga akan terus beroperasi bagi menangani keperluan pelanggan.

ADFIM menggalakkan pelanggan berhubung terus dengan institusi tersebut untuk meraih kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Agrobank menawarkan kemudahan Agromakanan dan Bantuan istimewa pada kadar serendah 3.75%. SME Bank juga menawarkan pembiayaan SRF sehingga RM1juta pada kadar yang rendah. Bank Rakyat, selain menyediakan kemudahan RM200juta bagi usahawan mikro dan koperasi, telah mengurangkan kadar keuntungan bagi kad kredit-I dari 18% kepada 9%. BSN, sebagai pengendali Skim Kredit Mikro, menyediakan dana sebanyak RM700 juta kepada semua usahawan mikro yang berkelayakan. Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama institusi kewangan lain menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman atau pembiayaan selama 6 bulan.

Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVD-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

 

Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331

AHLI ADFIM PRIHATIN KEPERLUAN BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.

Dalam seminggu ini, selain daripada perkhidmatan kepada pelanggan, Ahli-ahli ADFIM telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu petugas barisan hadapan negara di dalam menangani wabak COVID-19.

Sehingga 30hb Mac 2020, sebanyak RM1.2 juta telah disumbangkan kepada pelbagai tabung dan organisasi barisan hadapan termasuk Tabung Bantuan Bencana Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.

Disamping bantuan kewangan, ahli ADFIM juga membantu dengan pelbagai cara. Antaranya, MIDF menyumbangkan bantuan ‘care packages’, Bank Simpanan Nasional menyumbangkan bantuan peralatan dan JCORP melalui Waqaf An-Nur menyumbangkan Respiratory Ventilator.

Selain sumbangan dari institusi, ahli ADFIM juga menggerakkan tabung bagi memudahkan kakitangan ahli ADFIM menyumbang. MARA telah melancarkan Tabung Solidariti Warga MARA Prihatin bagi menyambut usaha ini.

Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVID-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331

AHLI ADFIM TERUS KOMITED

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.

Dalam seminggu ini, Ahli-ahli ADFIM telah memperkenalkan pelbagai program sokongan bagi segenap pelanggan mereka. Selain program moratorium pinjaman/pembiayaan bank, program-program sokongan seperti pengurangan pembayaran sewa, subsidi sewa, penangguhan pembayaran pinajaman pendidikan, pengurangan kadar keuntungan kad kredit dan pelbagai lagi program telah diperkenalkan. Ahli-Ahli ADFIM juga akan terus membuka ruang dan peluang bagi penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman, bergantung kepada kelayakan dan situasi pelanggan mereka.

Sehubungan itu, ADFIM menasihatkan pelanggan-pelanggan ahli ADFIM untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh ahli persatuan itu. ADFIM juga mengingatkan pelanggan agar memanfaatkan kemudahan atas talian seperti chat, laman web atau panggilan telefon, selaras dengan arahan Kawalan Pergerakan.

ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian wabak COVID-19 ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

PERKHIDMATAN AHLI ADFIM AKAN TERUS BEROPERASI

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2020: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri berhubung wabak Covid-19, ADFIM ingin memaklumkan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) menyahut saranan kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Ahli-ahli ADFIM telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang penularan wabak ini bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan dan juga pekerja. Antara usaha yang telah dilaksanakan termasuk menyediakan hand sanitizer, memeriksa suhu badan, memperkenalkan pembahagian tugas bagi mengurangkan pekerja di pejabat, serta melaksanakan waktu pergerakan anjal dan konsep bekerja dari rumah. Segala usaha ini dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan organisasi tersebut.

Sehubungan itu, ADFIM juga ingin memaklumkan bahawa Institusi Kewangan yang menjadi ahli ADFIM akan terus beroperasi seperti biasa. Segala perkhidmatan atas talian, kaunter dan juga cawangan-cawangan organisasi akan terus dibuka bagi pelanggan melaksanakan urusan kewangan. Pelanggan dan rakyat secara umumnya boleh terus menikmati perkhidmatan institusi tersebut termasuk akses kepada ATM, kemudahan pembiayaan, perbankan atas talian dan perkhidmatan kewangan yang lain.

Institusi kewangan yang akan terus beroperasi dan memberikan perkhidmatan adalah Agrobank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, Credit Guarantee Corporation (CGC), Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation dan Development Bank of Sarawak Berhad.

ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian wabak COVID-19 ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini. Pelanggan-pelanggan ahli ADFIM juga dinasihatkan untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh ahli persatuan itu.

Press Release Kawalan Pergerakan – BM_Edited 20200317 1930