KUALA LUMPUR, 2hb April 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.
Di dalam tempoh ini, Institusi Kewangan Pembangunan yang terdiri daripada Agrobank, SME Bank, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) akan terus beroperasi seperti berikut:
Agrobank – 9.30 pagi sehingga 3.00 petang
SME Bank – 8.30 pagi sehingga 3.00 petang
Bank Rakyat – 9.00 pagi sehingga 1.00 petang
Bank Simpanan Nasional (BSN) – 9.30 pagi sehingga 3.00 petang
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) – 9.30 pagi sehingga 3.00 petang
Kesemua institusi kewangan akan terus memproses permohonan pembiayaan disamping menawarkan perkhidmatan kewangan yang lain. Talian perkhidmatan pelanggan juga akan terus beroperasi bagi menangani keperluan pelanggan.
ADFIM menggalakkan pelanggan berhubung terus dengan institusi tersebut untuk meraih kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Agrobank menawarkan kemudahan Agromakanan dan Bantuan istimewa pada kadar serendah 3.75%. SME Bank juga menawarkan pembiayaan SRF sehingga RM1juta pada kadar yang rendah. Bank Rakyat, selain menyediakan kemudahan RM200juta bagi usahawan mikro dan koperasi, telah mengurangkan kadar keuntungan bagi kad kredit-I dari 18% kepada 9%. BSN, sebagai pengendali Skim Kredit Mikro, menyediakan dana sebanyak RM700 juta kepada semua usahawan mikro yang berkelayakan. Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama institusi kewangan lain menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman atau pembiayaan selama 6 bulan.
Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVD-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.
Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331