KUALA LUMPUR, 31 Mac 2020: Berikutan perkembangan wabak Covid-19 dan lanjutan tempoh Kawalan Pergerakan, ADFIM ingin memaklumkan bahawa ahli-ahli ADFIM akan terus komited memberikan perkhidmatan, bantuan dan sokongan.
Dalam seminggu ini, selain daripada perkhidmatan kepada pelanggan, Ahli-ahli ADFIM telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu petugas barisan hadapan negara di dalam menangani wabak COVID-19.
Sehingga 30hb Mac 2020, sebanyak RM1.2 juta telah disumbangkan kepada pelbagai tabung dan organisasi barisan hadapan termasuk Tabung Bantuan Bencana Negara, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.
Disamping bantuan kewangan, ahli ADFIM juga membantu dengan pelbagai cara. Antaranya, MIDF menyumbangkan bantuan ‘care packages’, Bank Simpanan Nasional menyumbangkan bantuan peralatan dan JCORP melalui Waqaf An-Nur menyumbangkan Respiratory Ventilator.
Selain sumbangan dari institusi, ahli ADFIM juga menggerakkan tabung bagi memudahkan kakitangan ahli ADFIM menyumbang. MARA telah melancarkan Tabung Solidariti Warga MARA Prihatin bagi menyambut usaha ini.
Ahli-Ahli ADFIM akan terus berusaha untuk menyokong dan membantu dalam usaha menangani wabak COVID-19. ADFIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan bersabar menghadapi ujian ini. ADFIM komited untuk bekerjasama dengan Ahli ADFIM bagi membantu mengurangkan beban pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.
Press Release Ahli ADFIM Prihatin Keperluan Barisan Hadapan – BM_Edited 20200331